Friday, 28 September 2012

INTERVENSI KEJURURAWATAN POTENSI INFEKSI BERKAITAN DENGAN LUKA PEMBEDAHAN

DIAGNOSA:Potensi infeksi berkaitan dengan luka pembedahan

MATLAMAT:Pesakit tidak mengalami demam dan luka pembedahan kering serta tidak menunjukkan tanda-tanda infeksi

INTERVENSI KEJURURAWATAN:

  1. Lakukan pemerhatian ke atas luka insisi di lower abdomen pesakit jika ada tanda-tanda infeksi seperti kemerah-merahan,bengak dan discaj supaya rawatan segera dapat diambil
  2. ambil tanda-tanda vital 4 jam sekali terutamanya suhu badan pesakit samada meningkat 37.5 ke atas untuk mengesan tanda-tanda infeksi
  3. beritahu pesakit elak menyentuh luka insisi dengan tangan yang kotor untuk elak mendapat infeksi
  4. nasihatkan pesakit mengambil makanan yang tinggi protein seperti ayam dan ikan untu menggalakkan proses penyembuhan mengambil makanan yang tinggi vitamin c seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti buah betik untuk meningkatkan daya tahan badan.
  5. nasihatkan pesakit tidak menyapu ointment,pada luka pembedahan untuk mengelakkan risiko infeksi
  6. nasihatkan pesakit menjaga kebersihan diri terutama pada luka pembedahan dengan elak kekotoran pada luka pembedahan .Beritahu juga pesakit elak kelembapan pada luka kerana kelembapan adalah medium pembiakan  mikroorganisma.keringkan kawasan luka pembedahan dengan kain yang kering jika basah untuk elak infeksi.

No comments:

Post a Comment